Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Maria Ditukar Kerana Mahukan Perubahan

Maria Ditukar, JJCM Mahukan Perubahan!

Serina terpilih sebagai hos JJCM kerana mempunyai cara tersendiri dan pakar dalam makanan.

KEMUNCULAN Serina Redzuawan menggantikan pengacara asal program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Maria Tunku Sabri untuk musim ke-13 menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Ada yang mendakwa Maria disingkirkan daripada program yang telah dikendalikan olehnya selama 12 musim itu.

Menurut Penerbit JJCM, Che Rozaini Ahmad yang kembali menerbitkan program popular menerusi TV3 itu, Maria bukan disingkirkan daripada program itu sebaliknya memikirkan kelainan yang diperlukan dalam musim terbaru itu.

“Dari segi perubahan pengacara, kami memikirkan program ini memerlukan perubahan kerana sudah memasuki musim ke-12.

“Bukan program ini sahaja yang bertukar pengacara, program lain juga banyak bertukar pengacara.

Produser JJCM, Che Rozaini Ahmad (tengah) di samping Serina dan krew.

“Kami memilih Serina kerana dia mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan program dan pakar dalam makanan,” katanya yang pernah menerbitkan program itu untuk musim pertama hingga keenam.

Rozaini akui program yang telah mencapai lebih sejuta penonton mampu meraih lebih ramai lagi walaupun sudah bertukar pengacara.

Jelasnya, Serina diberikan kebebasan untuk mengacarakan program berkonsepkan infotainment itu.

“Serina akan melakukan aksi-aksi spontan dalam JJCM13. Misalnya, kalau dia rasa nak makan jagung dan kebetulan terjumpa makcik jual jagung, terus dia akan singgah. Dari situ, dia turut memberi peluang kepada gerai-gerai kecil untuk dipromosikan dalam rancangan musim ini.

“Dalam program ini, Serina juga akan memasukkan elemen penceritaan supaya ia tidak nampak terlalu serius.

“Contohnya, dia membuat kejutan sambutan hari jadi bapanya, Chef Wan di Restoran Subak, Bukit Lanjan,” beritahunya pada sidang media JJCM13 di Hotel Starpoint di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Menyentuh tentang pemilihan restoran, Rozaini berkata setiap restoran yang terpilih pastinya menghidangkan makanan yang sedap dan menyelerakan.

“Pasukan produksi telah melakukan food testing mengikut restoran yang kami ketahui termasuk yang menghubungi kami.

“Kami tidak mahu menipu penonton, jadi sebab itu kami melakukan food testing terlebih dahulu. Semua tempat yang kami singgah pasti mempunyai sebab tertentu.

Sebanyak tiga restoran dipaparkan pada setiap episod.

“Setakat ini, kami telah melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Mulai bulan depan nanti, kami akan bergerak ke Kuantan dan Negeri Sembilan,” tambahnya lagi mengenai program yang telah siap dirakam sebanyak 10 episod.

Penonton boleh menyaksikan JJCM13 setiap Ahad mulai 14 Februari, pukul 12 tengah hari di TV3.

No Responses to “Maria Ditukar Kerana Mahukan Perubahan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: