Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Maiza Akhiri Zaman Solo

Maiza Akhiri Zaman ‘Solo’ Pada Februari Ini?

KALENDAR tahun baru selebriti Maizawati Zainal pastinya sarat dengan perancangan perkahwinan memandangkan ibu kepada enam orang anak ini dijangka akan menamatkan zaman ‘solo’nya pada Februari ini.

Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy ‘runtuh’ pada 15 Julai 2009, wanita yang dikenali dengan panggilan Maiza ini akui kini sudah mempunyai calon yang berjaya mencuri hatinya.

Apa-apa pun, jelas Maiza, dia hanya memikirkan perkahwinan yang mendatang ini sebagai salah satu kebaikan untuk masa depan anak-anaknya.

Apabila ditanya tentang gerangan lelaki itu, Maiza berkata cukuplah sekadar memberitahu bakal suaminya itu merupakan orang Sabah.

“Tunggu dan lihat… Insya-Allah, saya akan menjemput peminat yang selalu memberikan sokongan kepada saya selama ini untuk hadir ke majlis yang akan dilangsungkan di Ipoh, Perak nanti.

“Seperti yang dirancang, saya akan membuat majlis nikah dan bersanding tetapi setakat ini persiapan dilakukan secara ala kadar mengikut hukum,” ujarnya ketika menghubungi mStar Online kelmarin.

Maiza berkata setakat ini, sudah ada beberapa pihak yang ingin menaja majlis perkahwinannya. Namun, dia tidak menolak jika ada mana-mana pihak yang ingin menaja perkahwinannya nanti.

Ditanya mengenai bagaimana cintanya dengan jejaka itu bertaut, Maiza dalam nada ceria memberitahu semuanya berlaku dalam masa yang pantas.

“Hati saya sudah dicuri… mungkin dia paling memahami saya dan mempunyai persamaan dalam beberapa perkara dengan saya.

“Saya baru mengenalinya selepas penceraian lalu. Kebetulan waktu itu saya selalu berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan peguam,” ujarnya.

Maiza mengaku ikutkan dia sudah ‘membujang’ sejak setahun lalu, lantas merasa tidak terlalu cepat mempunyai ‘pengganti’ selepas beberapa bulan habis edah.

“Lagipun anak-anak perlukan seorang ayah sebagai pelengkap hidup mereka dan boleh tengok-tengokkan mereka belajar.

“Saya kasihan juga dengan anak bongsu saya yang berusia dua tahun lebih dan tidak kenal siapa ayah dia.

“Saya rasa terguris hati dan dizalimi kerana anak-anak perlukan kasih sayang seorang ayah… kalau dulu saya boleh beri alasan ayahnya sibuk bekerja tetapi sekarang bagaimana… Alhamdulillah, anak-anak pun setuju,” beritahunya yang turut sibuk menguruskan bisnes madu dan pemakanan minda Intel-X jenama Maiza.

Produk-produk itu akan mula berada di pasaran pada awal Januari depan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen, bolehlah hubungi Sofea di talian 019-5425363 atau emelkan ke maiza_collection75@yahoo.com.

No Responses to “Maiza Akhiri Zaman Solo”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: