Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Digilai Lelaki Walaupun

Tetap digilai lelaki lain


KATIE HOLMES

SUDAH menjadi isteri dan bergelar ibu namun itu bukanlah titik terakhir untuk Katie Holmes terus menjadi kegilaan peminat lelaki. Terbaru, nama isteri aktor terkenal, Tom Cruise ini kembali hangat apabila tiba-tiba pemenang tempat kedua program pencarian bakat United Kingdom, Olly Murs mengakui sangat terpesona dengan kecantikan Katie.

Dalam satu kenyataan berani Olly kepada Contactmusic, dia mengakui pernah jatuh cinta dengan Katie.

“Dia (Katie) seorang wanita yang ideal,” kata Olly yang mengakui dirinya sebagai peminat nombor satu drama bersiri, Dawson’s Creek yang popular satu ketika dulu.

Tambah penyanyi berusia 25 tahun itu juga, Katie seorang wanita sangat menarik dan boleh mencairkan hati mana-mana lelaki.

“Dia sungguh memikat hati dan kerana terlalu meminatinya, saya masih menyimpan semua koleksi video drama Dawson’s Creek sampai ke hari ini,” kata Olly.

Olly kini kembali solo setelah berpisah dengan teman wanitanya, Fergie yang baru berkahwin.

No Responses to “Digilai Lelaki Walaupun”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: