Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Damai lah disana

Damailah di sana

Damailah Asri Rabbani



SEHARI sebelum kita kehilangan Param, peminat kumpulan Rabbani terlebih dahulu menangisi pemergian penyanyi utama kumpulan itu, Asri Ibrahim. Berusia 40 tahun, Asri rebah dan tidak sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri semasa pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.

Allahyarham rebah kira-kira pukul 10 pagi ketika membuat latihan nyanyian lagu bersama anggota Rabbani lain sebelum dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997.

Perginya Raja Pop Dunia



PADA tanggal 25 Jun lalu seluruh dunia bagaikan menerima satu kejutan. Ramai yang enggan mempercayai berita tersebut, tetapi itulah hakikatnya – Raja Pop, Michael Jackson menghembus nafas terakhir.

Meninggal dunia pada usia 50 tahun di rumah sewanya di 100 North Carolwood Drive, Holmby Hills, Los Angeles kerana denyutan jantung terhenti, jenazah Michael akhirnya dikebumikan dalam satu majlis tertutup di Forest Lawn Memorial Park, Glendale, California pada 3 September lalu.

Pemergian Michael ditangisi peminat seluruh dunia. Satu acara khas peringatan diadakan di Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai lalu dengan menyaksikan kehadiran keluarga, sahabat dan rakan artis seperti Stevie Wonder, Lionel Richie, Mariah Carey, John Mayer, Jennifer Hudson dan Usher serta 20,000 peminat di dewan itu. Acara peringatan itu juga disaksikan oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia yang disiarkan secara langsung di kaca TV.

Apa yang menyedihkan lagi, Michael ketika itu sedang membuat persediaan untuk konsert jelajahnya, This Is It yang dijadualkan bermula pada 13 Julai 2009 hingga 6 Mac 2010.

Pemergiannya telah menyebabkan lebih sejuta peminat yang telah membeli tiket dirundung kecewa.

Namun, pada 26 Oktober lalu, filem This Is It yang disunting menerusi video arkib sepanjang latihan konsert dihadiahkan kepada peminat menerusi tayangan di pawagam seluruh dunia.

No Responses to “Damai lah disana”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: