Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Bunga Kertas

DekoTaman Bunga kertas tahan lasak

PERSEKITARAN taman yang kering berpasir dan berkerikil menyukarkan usaha mewujudkan penataan landskap indah.

Bagi menangani masalah itu, anda boleh menanam pokok bunga dalam pasu dan yang paling berkesan ialah bunga kertas.

Berikut kaedah menanam bunga kertas dalam pasu:

1.Masukkan batu kecil atau serpihan pasu berukuran 2 hingga 3 sentimeter (sm) pada bahagian dasar pasu

2.Masukkan campuran tanah hingga separuh pasu

3.Asingkan pokok bunga kertas daripada beg semaiannya dengan cermat, potong bahagian bawah bebola akar dan letak di tengah pasu

4.Tambahkan campuran tanah pasuan di sekeliling bebola akar hingga 2sm dari bahagian atas pasu

5.Hentak pasu perlahan-lahan beberapa kali bagi memampatkan tanah

6.Siram hingga nampak air mengalir keluar dari bawah lubang pasu

7.Letakkan pokok bunga kertas yang baru ditanam tadi di tempat teduh antara tujuh hingga 10 hari barulah boleh diubah ke tempat yang anda rasakan sesuai.

Bunga kertas yang berasal dari Brazil ialah tanaman yang lasak dan mudah ditanam.

Tumbuhan itu boleh mencapai ketinggian sehingga tiga meter. Ia memerlukan cahaya cukup dan suhu panas dengan keadaan tanah gembur berpasir.

Gunakan baja organik hingga lima kilogram setiap pokok selepas ia dicantas.

Bunga kertas juga boleh dibentuk sebagai tanaman ala bonsai.

No Responses to “Bunga Kertas”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: