Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Bunga Citra Lestari

Lestari gaya Bunga

STAIL rambut pendek yang digemarinya.



BUNGA Citra Lestari cukup popular dalam kalangan peminat setia dunia hiburan di nusantara. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara kacak dari Malaysia, Ashraf Sinclair pada November tahun lalu, pernikahan mereka cukup meriah di Malaysia dan Indonesia.

Sebelum itu, pasangan yang menjalin hubungan cinta sejak bulan April 2007 menjadi bahan berita hangat selepas gambar mereka bercium ketika bercuti di Bali tersebar di Internet.

Drama dan nyanyian

Bunga Citra Lestari, 25, memulakan kerjayanya pada tahun 2002 apabila bergiat aktif dalam dunia lakonan drama. Berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera, antara siri televisyen yang melonjakkan namanya ialah Akibat Banyak Gaul (ABG), Senandung Masa Puber, Kala Cinta Menggoda, Penjaga Hati dan banyak lagi.

Setelah berasa selesa dan membina platform yang kuat, dia beralih ke layar perak dan industri muzik. Bunga mengatur langkah dalam bidang nyanyian pada tahun 2004 apabila berkolaborasi dengan kumpulan PAS. Album sulungnya, Cinta Pertama yang dilancarkan dua tahun kemudian menerima sambutan yang hebat hinggakan sebuah filem dikeluarkan dengan tajuk yang serupa.

Anugerah muzik

Bunga juga tidak ketinggalan muncul dalam filem tersebut sebelum membintangi satu filem lain iaitu Kangen. Seperti artis yang lain, Bunga tidak terkecuali menerima pengiktirafan daripada industri seni muzik. Dia berjaya merangkul anugerah ‘Kolaborasi Pop Terbaik’ dalam Anugerah Muzik Indonesia 2008 (AMI) setelah berduet dengan Ari Lasso menerusi lagu ‘Aku dan Dirimu’.

PESONA seorang wanita popular di sebalik pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhinya.



Sewaktu meraih kategori Artis Wanita Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, ia secara tidak langsung memberi lonjakan terbesar dalam kerjaya seninya.

Album kedua Bunga dilancarkan pada tahun lalu iaitu Tentang Kamu turut menyaksikan jualan memberangsangkan. Selain menyanyi dan berlakon, Bunga yang berbintang Aries mendapat tawaran demi tawaran untuk mempamerkan kebolehannya dalam iklan Sunsilk, Coca-Cola, Fanbo, Sharp, Pond’s dan lain-lain.

Dalam pada itu, Bunga sentiasa menjadi buruan peminat dan penggemar fesyen tegar. Dianggap sebagai salah seorang ikon fesyen. Kaitan antara Bunga dan fesyen nampaknya terus terlestari. Wanita itu tidak kekok bergaya sekalipun ia terlalu seksi dan melampaui batas ketimuran.

Hari pernikahan

Daripada bikini, baju tidak berlengan dan berpotongan leher rendah, segalanya pernah dicuba semata-mata untuk mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri.

Bunga juga ialah seorang yang suka mencuba dan mempelbagaikan koleksi pakaian yang disarung ke tubuhnya yang langsing. Dia tidak begitu cerewet dari segi pemilihan warna tertentu, tetapi sentiasa berpenampilan ringkas dan memberi impak.

Pada hari perkahwinan bersama suami tercinta, dia menerima khidmat nasihat dan idea daripada pereka fesyen Anne Avantie dan Rina Gunawan. Pada hari pernikahannya, Bunga dan Ashraf tampil berseri-seri dalam pakaian tradisional Padang sedondon berwarna putih dan merah hati.

SENTIASA versatil dari segi penampilan.



Menurutnya, konsep majlis perkahwinan itu mengikut adat Melayu dan antarabangsa kerana bapa mentuanya berbangsa Inggeris.

Dari segi solekan wajah pula, Bunga merupakan antara artis yang tidak memakai solekan tebal.

Jika adapun sesi penggambaran bersama media, dia akan mengoles pemerah pipi dan pembayang mata yang sederhana bersama gincu merah hati dan maskara.

Bunga juga tidak terkecuali melakukan perubahan pada stail rambut. Walaupun sebelum ini dia sering kali berambut panjang yang dikerinting atau diluruskan, baru-baru ini dia telah mengambil langkah drastik untuk memotong pendek rambutnya.

Menyerupai potongan rambut penyanyi Rihanna, Bunga nyata menyukai gaya rambut barunya. Mungkinkah selepas ini lebih ramai peminat muda terutamanya golongan remaja akan meniru jejak langkah si jelita itu?

No Responses to “Bunga Citra Lestari”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: