Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Berkarya dengan kamera tanpa pita

Berkarya dengan kamera tanpa pita

DFF menjadi batu loncatan untuk pembikin filem muda mengasah bakat dan membuktikan kemampuan mereka menghasilkan filem


TANABE (dua dari kanan) bersama Pengarah Pengurusan Finas, Abdul Kalid Maulod (dua dari kiri) bersama wakil rakan usahasama program DFF melancarkan program itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEHADIRAN filem-filem arahan Steven Soderbergh, Tim Burton, Quentin Tarantino, James Cameron, Steven Spielberg dan Martin Scorsese yang menyentuh jiwa mungkin membuatkan ada antara kita yang menyimpan angan-angan menjadi pengarah filem pada satu hari nanti.

Ia mungkin boleh menjadi realiti apabila buat julung-julung kalinya, Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melancarkan fiesta Filem Digital Malaysia 2010 (DFF).

Bersempena fiesta DFF itu, sebuah pertandingan produksi filem pendek diadakan yang terbuka kepada pembikin filem semi profesional dan pelajar institut pengajian tinggi. Memulakan sesi pemilihan awal sejak 15 Mac lalu sehingga 16 April ini, mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan filem pendek masing-masing.

Untuk peringkat akhir sebanyak 10 finalis bakal dipilih bagi merebut pelbagai hadiah menarik.

Bagi peserta yang berjaya kelak mereka akan mendapat persediaan latihan bersama mentor agar karya peringkat final yang dihasilkan lebih berkualiti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Sistem Perniagaan Panasonic Malaysia, Yoshiyuki Tanabe, berkata, fiesta DFF itu diadakan bertujuan untuk mendidik pembikin filem berpotensi di negara ini menghasilkan produksi video digital menggunakan format AVCHD dalam rakaman definisi tinggi (HD).

“Di samping itu, program yang diadakan juga adalah untuk mempromosikan kamera tanpa pita (tapeless) terbaru Panasonic iaitu AVCCAM di pasaran Malaysia.

“Kita berharap dengan program ini, ia dapat mendidik serta memberi pendedahan kepada industri filem tempatan mengenai teknologi kamera tanpa pita untuk diaplikasikan dalam pembikinan filem-filem,” katanya.

Untuk semi profesional

Tanabe menambah, DFF juga dapat membina hubungan antara Panasonic dan institusi pengajian tinggi sekali gus membina penjenamaan AVCCAM antara para pelajar serta pembikin filem bebas.

Program yang mengambil masa selama enam bulan itu menyaksikan para finalis mempunyai masa sehingga Ogos ini untuk menyiapkan semula filem pendek mereka.

Terdapat dua tema dalam pertandingan filem pendek tersebut iaitu Budaya Malaysia untuk kategori semi profesional dan 1Malaysia bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi.

Setiap finalis yang terpilih perlu menunjukkan kreativiti mereka dalam menghasilkan filem pendek selama 10 hingga 30 minit berdasarkan tema diberikan untuk pertandingan.

Penyertaan filem pendek untuk peringkat pemilihan perlu diserahkan sebelum 16 April ini untuk memberi ruang kepada para juri membuat pemilihan 10 finalis terbaik.

Mereka yang terpilih kelak akan disediakan dengan satu set kamkoder AVCCAM Panasonic untuk menghasilkan filem pendek dan program latihan selama enam minggu di bawah bimbingan pakar serta mentor dalam industri produksi video HD.


PESERTA finalis akan menggunakan kamkoder tanpa pita terbaru Panasonic untuk melakukan penggambaran filem pendek mereka.


Antara juri dan mentor yang terlibat dalam program itu ialah U-Wei Shaari, Ho Yuhang, Anwardi Jamil, Jeffery Wong, M. Subash Abdullah, Thorpe Ali dan Zaki Abdul Rahim.

Panasonic Malaysia juga akan mengadakan pengundian di kalangan orang ramai untuk 10 filem pendek yang terpilih. Filem pendek pilihan orang ramai akan turut menerima hadiah apabila keputusannya diumumkan pada bulan Ogos ini.

Pemenang untuk Anugerah Filem Pendek Terbaik dalam kategori semi profesional akan membawa pulang satu unit AVCCAM model AG-HMC152EN dan sebuah televisyen plasma 42 inci Panasonic.

Bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula, mereka berpeluang untuk memenangi AVCCAM model AG-HMC41EU dan sebuah televisyen paparan cecair kristal (LCD) 32 inci Panasonic.

Dalam pada itu, sebuah unit televisyen plasma 42 inci akan turut dihadiahkan kepada pemenang kategori semi profesional bagi anugerah Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skrip Terbaik. Kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula, pemenang akan menerima kamera Lumix model TZ10.

Kesemua 10 finalis akan menerima sebuah piala, sijil dan kamera Lumix model TZ10 Panasonic. Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan boleh mengunjungi wakil-wakil Panasonic berhampiran atau melayari laman web http://www.panasonic.com.my/broadcast.

No Responses to “Berkarya dengan kamera tanpa pita”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: