Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Air Mata Chef Wan

Air Mata Chef Wan Mengiringi Pernikahan Serina
Chef Wan sebak disaat menyerahkan Serina kepada suaminya Gavin.

AIR mata seorang ayah tidak mampu ditahan taktala melepaskan tanggungjawab yang dipikulnya selama ini kepada menantu.

Bapa kepada mempelai, Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak dapat menyembunyikan perasaannya selepas Serina sah menjadi isteri kepada Gavin.

Chef Wan akur dengan kenyataan bahawa anak gadisnya Serina Redzuawan kini dimiliki oleh Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

“Saya sangat sedih untuk melepaskan dia (Serina)… saya teringgat zaman-zaman dahulu susah payah membesarkan dia, kadang-kadang saya terlalu sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dia.

“Ketika dia mula-mula nak jadi artis dan kisah dia bersama arwah Hani Mohsin, semua itu saya terkenang dan kini dia sudah pun dimiliki Gavin.

“Kini tanggungjawab saya telah diserahkan kepada suaminya Gavin. Saya harap Gavin dapat menjaga Serina dengan baik dan saya masih lagi di belakang mereka sebagai bapa,” ujar Chef Wan yang menghadiahkan percutian bulan madu ke Pulau Santorini, Greece.

Kata Chef Wan lagi dia terharu dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat melangsungkan perkahwinan anak perempuan tunggal kesayangannya itu.

Serina memeluk erat ayahnya selepas sah bergelar isteri kepada Gavin.

“Saya sedar tidak semua ibu bapa berpeluang melangsungkan perkahwinan anak mereka, saya sangat bertuah kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan majlis perkahwinan ini,” ujar Chef Wan.

Dalam pada itu, Chef Wan turut menasihatkan Serina agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik terutamanya dari segi membimbing suami mendalami Islam.

“Nasihat saya kepada Serina agar sentiasa menjaga rukun rumahtangga dengan baik dan paling penting hormat kepada suami dan sebagai orang Islam Serina harus menjadi contoh yang baik kepada suami,” kata Chef Wan yang bakal melangsungkan perkahwinan Serina di kampung halamannya Sungai Koyan, Pahang pada akhir Januari ini.

No Responses to “Air Mata Chef Wan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: