Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Hari Asyura

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

1.Melapangkan masa dengan belanja anak isteri

Fadilat – Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin

Fadilat – Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.
3. Menahan marah

Fadilat – Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda
4. Menunjukkan orang sesat

Fadilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.
6. Bersedekah

Fadilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri

Fadilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi sunat
Fadilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadilat – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

Fadilat – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

Fadilat – Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama

50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.”

Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa

Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa

Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadilat – Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No Responses to “Hari Asyura”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: