Nurulfariha's Blog
Inspirasi – Aspirasi – Memori

Bangunan Tertinggi Dunia

Ketinggian Burj Dubai dirahsiakan

SEORANG pekerja berdiri di depan bangunan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
pada 14 Disember lalu.

CHICAGO – Tidak ada keraguan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Namun, hanya beberapa orang yang mengetahui ketinggian sebenar bangunan tersebut.

“Ia (ketinggian) masih lagi menjadi rahsia,” kata jurutera struktur menara itu, William Baker dalam satu temu ramah sebelum bangunan tersebut dibuka secara rasmi pada 4 Januari depan.

Baker berkata, arkitek-arkitek tertanya-tanya jika terdapat seseorang yang boleh mengukur ketinggian bangunan itu berdasarkan bayangannya.

Syarikat Skidmore, Owings dan Merrill LLP yang beribu pejabat di Chicago membina sistem struktur bangunan itu.

“Pelanggan kami (Emaar Properties PJSC) membenarkan kami menyatakan ketinggiannya lebih 800 meter.

“Ia (ketinggian sebenar) merupakan sebahagian daripada perkara mistik projek ini,” jelas Baker.

Tujuh daripada 10 menara tertinggi dunia terletak di Asia yang dibina sejak 13 tahun lalu.

Sistem penyejukan bangunan itu mampu mengeluarkan air yang boleh memenuhi 20 kolam renang bersaiz Olimpik setahun. – Reuters

No Responses to “Bangunan Tertinggi Dunia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: